Posts

Wajah Baru

Image
Teks : Siti Aminah Wahab

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini ada kelapangan sikit, saja belek-belek blog kesayangan ini. Jemu dan rasa macam kanak-kanak Ribena pula dengan template lama. Jadi, hari ini saya ingin ubah rupa paras blog ini agar lebih matang, dewasa dan menyegarkan. Saya ada perasan juga satu hari yang lalu bahawa Blogspot ada menyediakan theme baru. Baru berkesempatan untuk menyelongkar theme baru yang disediakan.

Saya akui theme baru yang disediakan oleh Blogspot memang menarik. Bagi mereka yang suka bermain dengan coding, mungkin boleh merekabentuk sesuatu yang lebih menarik. Tetapi bagi mereka yang kurang mahir coding, bagi saya theme baru yang disediakan oleh Blogspot sudah memadai dan cantik-cantik.

Untuk mencari theme baru blogspot, di muka utama (main page), di bahagian kiri ada salah satu pilihan 'theme' seperti di bawah ini :


Pilih 'theme' dan kita akan dibawa ke muka berikutnya iaitu :

Inilah wajah baru blog ini. Kemudian, pilih 'Custom…

Kembali

Teks : Siti Aminah
Lama sungguh blog ini ditinggalkan tanpa sebarang entri baru. Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk menulis entri baru. Rindu sungguh dengan blog ini. Tetapi apakan daya, ada yang lebih menuntut perhatian saya.
Untuk beberapa ketika yang lalu, jadual harian saya agak kelam kabut disebabkan anak kedua saya, Ain Humaira kurang sihat. Kebetulan pada masa yang sama, komputer riba saya mengalami masalah. Telefon saya pula bermasalah untuk mempunyai access untuk dua blog sebab saya telah log masuk blog yang lagi satu ke dalam telefon saya. Saya 
Walaubagaimanapun, kerinduan saya terubat juga apabila saya dapat memuat naik dan berkongsi beberapa kata-kata hikmah di fanpage facebook Motivasi Diri & Keluarga. Alhamdulillah, para pengikut di fanpage facebook tersebut bertambah sedikit demi sedikit. Sewaktu entri ini ditulis, seramai 342 pengikut di fanpage tersebut. Namun, saya tidak boleh leka dan mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sebab banyak lagi y…

Wait to receive more

Image
Assalamualaikum


If Allah is making you wait, then be prepared to receive more than what you asked for.

Jika Allah membuatkan kamu tertunggu-tunggu, jadi bersedialah untuk menerima lebih daripada apa yang dipohon.

Ada sebab sesuatu yang dipohon itu ditangguhkan atau tidak diperkenankan. Samada kita belum layak lagi menerimanya pada waktu itu, ataupun kita layak lebih daripada itu. Semuanya terletak di tangan Allah dan semuanya dibawah pengetahuanNya. Kita hanya perlu melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Namun begitu, kita juga digalakkan untuk memohon kepada Allah Taala walaupun sememangnya Allah itu Maha Mengetahui. Sebagai hamba, tiada salahnya untuk kita memohon agar diperkenankan permintaan kita. Tetapi tetaplah berada di dalam kesabaran dalam apa jua yang dihadapi.

Mudah-mudahan Allah memperkenankan permintaan kita dan tidak membuatkan kita alpa dan leka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah Taala. Insya Allah.

Wallahua'lam

When good and bad things happen

Image
Assalamualaikum


When good things happen or bad thing happens, say Alhamdulillah! Because Allah always test you.

Apabila perkara yang baik berlaku ataupun perkara yang buruk berlaku, ucaplah Alhamdulillah! Kerana Allah sentiasa menguji kamu.

Setiap perkara baik mahupun buruk yang berlaku adalah ketentuan daripada Maha Pencipta kita. Seharusnya kita sebagai hambaNya sentiasa mengingati Dia samada dalam keadaan susah mahupun senang. Kesusahan dan kesenangan yang dialami adalah ujian daripada Allah SWT. Ujian untuk setiap hambaNya berbeza-beza mengikut kemampuan dan keupayaan hamba-hambaNya. Namun begitu, kita tetap perlu memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan cara berdoa agar kita mampu menghadapi ujian-ujian yang diberikan dengan cekal, tabah dan sabar selain sentiasa mengingati Allah SWT. Insya Allah, mudah-mudahan kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya, baik pada waktu susah, mahupun senang.

Aku tidak memiliki apa-apa

Image
Assalamualaikum

Apa milikku?
Roh aku milik Allah,
Jasad aku milik Allah,
Akal aku milik Allah,
Harta aku milik Allah,
Isteri/Suami aku milik Allah,
Anak aku milik Allah,
Kerabat aku milik Allah.

Ternyata aku tidak memiliki apa-apa.

Benar, tiada satupun adalah hak milik kita. Namun seringkali kita lupa akan hakikat tersebut. Apa yang dimiliki adalah pinjaman daripada yang Maha Kuasa dan tidak mustahil bagiNya untuk mengambil kembali apa yang dipinjamkanNya.

Bersyukurlah atas pinjaman yang diberikanNya.
Sabar dan redha apabila pinjaman tersebut diambil kembali.
Bersangka baiklah atas apa jua yang dimiliki dan tidak dimiliki.
Semoga hati kita tenang dalam menghadapi apa jua yang telah ditetapkan olehNya.