Posts

Showing posts from March, 2015

Kenapa nak baca Al-Quran sedangkan tidak tahu makna

Image
Assalamualaikum,

Kenapa Nak Baca Al-quran Sedangkan Tak Tahu Makna?


Sumber : Google
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-c…

Bertanya

Image
Assalamualaikum,

Belek-belek koleksi lama, suka rasanya untuk berkongsi kata-kata ini :

''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''

Sumber : Google image
Ada masanya kita ada rasa malu untuk bertanya. Saya sendiri akui, terkadang lebih suka mencari sendiri jawapannya daripada bertanya seperti sewaktu menjadi jalan ke sesuatu tempat. Sebenarnya bertanya adalah jalan yang mudah untuk mendapat jawapan. Tapi, itulah kita, suka menggunakan jalan yang sukar untuk mendapat jawapan. 
Antara keadaan yang dapat diselesaikan dengan bertanya adalah :
Apabila kesesatan dalam mencari jalan ke tempat yang dituju, kita sering menggunakan pendapat, pandangan dan agakan sendiri daripada bertanya kepada orang setempat.Apabila berlaku perubahan sikap dan tingkah laku seseorang kepada kita misalnya pasangan kita mahupun anak kita, kita suka membuat andaian kita sendiri walhal ianya boleh…

Hidup lebih indah

Image
Assalamualaikum,

Semalam, sewaktu saya melayari internet, saya terjumpa dan tertarik dengan kata-kata di bawah :

Saat inginkan kaya, kadang kita terlupa hidup ini adalah kekayaan.
Saat takut rugi, kadang kita terlupa hidup ini adalah keberuntungan.
Hidup lebih indah sekiranya kita tidak lupa bersyukur.

Sebagai manusia, saya akui kita tak pernah puas dengan apa yang ada. Kalau boleh, nak lebih daripada orang lain. Betul tak? Tapi dalam masa yang sama, kita juga tak nak kerugian. Mungkin tidak secara terus, sekurangnya ada terdetik di hati sebab saya sendiri akui, ada masa dan ketikanya akan rasa sebegitu.

Kita renung dan lihat sekeliling, tidak mustahil ada orang yang mungkin sedang melihat dan cemburu dengan kelebihan yang kita ada walaupun tidak dari segi wang ringgit. Mungkin mereka lihat kita daripada segi rupa paras, hati budi, pakaian dan sebagainya.

Jika kita boleh lihat mereka yang kurang bernasib baik daripada kita, kita akan bersyukur dan menerima segalanya dengan redha. Hati ki…

Jika tidak mampu

Assalamualaikum

Jika kamu tidak mampu memberi manfaat, maka jangan memudaratkannya. Jika kamu tidak mampu menggembirakannya, maka jangan membuatkannya sedih. Jika kamu tidak memujinya, maka jangan pula mencelanya ~ Yahya bin Muaz
Hidup di dunia ini kita memang saling memerlukan di antara satu sama lain. Ada ketika dan waktu kita memang memerlukan bantuan orang lain. Sememangnya kita tidak berasa senang selamanya dan tidak pula berasa susah selamanya. Apabila kita memudaratkannya, membuatkannya sedih dan mencela, bagaimana hubungan baik dapat dikekalkan? Alangkah ruginya jika tidak dimanfaatkan hubungan baik diantara kita. Kelak sendiri juga yang susah.

Hubungan yang baik mesti dijaga. Bila ianya putus, untuk mencantumkannya semula, tidak semudah yang dijangka. Ianya berkaitan dengan hati. Tidak perlu iri dengan kelebihan orang lain sebab masing-masing ada bahagian masing-masing. Hari ini dia gembira dan suka, tidak mustahil semalam puas seharian dia bermuram durja dan tidak mustahil juga …

Salam Perkenalan daripada Pihak Penulis

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sumber : Google Image
Alhamdulillah, diberikan kesempatan ruang masa untuk memulakan blog ini.

Mari saya ceritakan diri saya serba sedikit. Nama saya Siti Aminah binti A. Wahab, nama yang dipilih oleh ibu bapa saya bersempena nama ibu junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Saya dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Cheras, Selangor. Saya merupakan anak yang sulung daripada 4 orang adik-beradik. Saya mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah rendah di sekitar kawasan Cheras, Selangor. Alhamdulillah, rezeki keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya ditawarkan sekolah berasrama penuh di daerah Muar, Johor. Kemudian, saya menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Saya memulakan kerjaya bermula tahun 2004 di Shah Alam sebaik saja saya menamatkan pengajian. Namun, rezeki kurang menyebelahi saya, syarikat tempat saya bekerja 'gulung tikar' menyebabkan saya menganggur selama 6 bulan…