Bertanya

Assalamualaikum,

Belek-belek koleksi lama, suka rasanya untuk berkongsi kata-kata ini :

''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''

Sumber : Google image

Ada masanya kita ada rasa malu untuk bertanya. Saya sendiri akui, terkadang lebih suka mencari sendiri jawapannya daripada bertanya seperti sewaktu menjadi jalan ke sesuatu tempat. Sebenarnya bertanya adalah jalan yang mudah untuk mendapat jawapan. Tapi, itulah kita, suka menggunakan jalan yang sukar untuk mendapat jawapan. 

Antara keadaan yang dapat diselesaikan dengan bertanya adalah :

  1. Apabila kesesatan dalam mencari jalan ke tempat yang dituju, kita sering menggunakan pendapat, pandangan dan agakan sendiri daripada bertanya kepada orang setempat.
  2. Apabila berlaku perubahan sikap dan tingkah laku seseorang kepada kita misalnya pasangan kita mahupun anak kita, kita suka membuat andaian kita sendiri walhal ianya boleh diselesaikan dengan bertanya.
  3. Apabila ada terdetik soalan yang ingin ditanyakan kepada guru, kita lebih suka samada memendam ataupun menyuarakan soalan kita tersebut kepada sahabat-sahabat kita.

Itu antara situasi yang memerlukan kita untuk bertanya. Namun, bertanyalah pada mereka yang arif. Bertanya pada yang kurang arif boleh membawa kita kepada kesesatan. Lihat juga pada soalan yang hendak diajukan serta jaga intonasi dan nada suara. Kadangkala soalan yang bagus namun apabila intonasi dan nada suara tidak sesuai, boleh membuatkan si penerima soalan berasa kecil hati seterusnya berat hati untuknya menjawab soalan yang dikemukakan.

Akhir kata, jagalah hubungan sesama kita kerana kita saling memerlukan di antara satu sama lain.

Wallahu a'lam

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa