Hidup lebih indah

Assalamualaikum,

Semalam, sewaktu saya melayari internet, saya terjumpa dan tertarik dengan kata-kata di bawah :

Saat inginkan kaya, kadang kita terlupa hidup ini adalah kekayaan.
Saat takut rugi, kadang kita terlupa hidup ini adalah keberuntungan.
Hidup lebih indah sekiranya kita tidak lupa bersyukur.

Sebagai manusia, saya akui kita tak pernah puas dengan apa yang ada. Kalau boleh, nak lebih daripada orang lain. Betul tak? Tapi dalam masa yang sama, kita juga tak nak kerugian. Mungkin tidak secara terus, sekurangnya ada terdetik di hati sebab saya sendiri akui, ada masa dan ketikanya akan rasa sebegitu.

Kita renung dan lihat sekeliling, tidak mustahil ada orang yang mungkin sedang melihat dan cemburu dengan kelebihan yang kita ada walaupun tidak dari segi wang ringgit. Mungkin mereka lihat kita daripada segi rupa paras, hati budi, pakaian dan sebagainya.

Jika kita boleh lihat mereka yang kurang bernasib baik daripada kita, kita akan bersyukur dan menerima segalanya dengan redha. Hati kita juga akan tenang dengan apa yang kita miliki dan kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih gembira.

Mendongaklah ke langit tetapi jangan lupa bumi dipijak.

Sumber : Google

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa