Jika tidak mampu

Assalamualaikum

Jika kamu tidak mampu memberi manfaat, maka jangan memudaratkannya.
Jika kamu tidak mampu menggembirakannya, maka jangan membuatkannya sedih.
Jika kamu tidak memujinya, maka jangan pula mencelanya
~ Yahya bin Muaz

Hidup di dunia ini kita memang saling memerlukan di antara satu sama lain. Ada ketika dan waktu kita memang memerlukan bantuan orang lain. Sememangnya kita tidak berasa senang selamanya dan tidak pula berasa susah selamanya. Apabila kita memudaratkannya, membuatkannya sedih dan mencela, bagaimana hubungan baik dapat dikekalkan? Alangkah ruginya jika tidak dimanfaatkan hubungan baik diantara kita. Kelak sendiri juga yang susah.

Hubungan yang baik mesti dijaga. Bila ianya putus, untuk mencantumkannya semula, tidak semudah yang dijangka. Ianya berkaitan dengan hati. Tidak perlu iri dengan kelebihan orang lain sebab masing-masing ada bahagian masing-masing. Hari ini dia gembira dan suka, tidak mustahil semalam puas seharian dia bermuram durja dan tidak mustahil juga dia bijak menyembunyikan duka laranya.

Bersyukur dan berlapang dada dengan apa yang kita ada.
Bergembira untuk orang lain tanpa menyakiti agar hati kita semua lapang dan tenang.

Insya Allah.

Wallahua'lam

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa