Posts

Showing posts from 2016

Wait to receive more

Image
Assalamualaikum


If Allah is making you wait, then be prepared to receive more than what you asked for.

Jika Allah membuatkan kamu tertunggu-tunggu, jadi bersedialah untuk menerima lebih daripada apa yang dipohon.

Ada sebab sesuatu yang dipohon itu ditangguhkan atau tidak diperkenankan. Samada kita belum layak lagi menerimanya pada waktu itu, ataupun kita layak lebih daripada itu. Semuanya terletak di tangan Allah dan semuanya dibawah pengetahuanNya. Kita hanya perlu melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Namun begitu, kita juga digalakkan untuk memohon kepada Allah Taala walaupun sememangnya Allah itu Maha Mengetahui. Sebagai hamba, tiada salahnya untuk kita memohon agar diperkenankan permintaan kita. Tetapi tetaplah berada di dalam kesabaran dalam apa jua yang dihadapi.

Mudah-mudahan Allah memperkenankan permintaan kita dan tidak membuatkan kita alpa dan leka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah Taala. Insya Allah.

Wallahua'lam

When good and bad things happen

Image
Assalamualaikum


When good things happen or bad thing happens, say Alhamdulillah! Because Allah always test you.

Apabila perkara yang baik berlaku ataupun perkara yang buruk berlaku, ucaplah Alhamdulillah! Kerana Allah sentiasa menguji kamu.

Setiap perkara baik mahupun buruk yang berlaku adalah ketentuan daripada Maha Pencipta kita. Seharusnya kita sebagai hambaNya sentiasa mengingati Dia samada dalam keadaan susah mahupun senang. Kesusahan dan kesenangan yang dialami adalah ujian daripada Allah SWT. Ujian untuk setiap hambaNya berbeza-beza mengikut kemampuan dan keupayaan hamba-hambaNya. Namun begitu, kita tetap perlu memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan cara berdoa agar kita mampu menghadapi ujian-ujian yang diberikan dengan cekal, tabah dan sabar selain sentiasa mengingati Allah SWT. Insya Allah, mudah-mudahan kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya, baik pada waktu susah, mahupun senang.

Aku tidak memiliki apa-apa

Image
Assalamualaikum

Apa milikku?
Roh aku milik Allah,
Jasad aku milik Allah,
Akal aku milik Allah,
Harta aku milik Allah,
Isteri/Suami aku milik Allah,
Anak aku milik Allah,
Kerabat aku milik Allah.

Ternyata aku tidak memiliki apa-apa.

Benar, tiada satupun adalah hak milik kita. Namun seringkali kita lupa akan hakikat tersebut. Apa yang dimiliki adalah pinjaman daripada yang Maha Kuasa dan tidak mustahil bagiNya untuk mengambil kembali apa yang dipinjamkanNya.

Bersyukurlah atas pinjaman yang diberikanNya.
Sabar dan redha apabila pinjaman tersebut diambil kembali.
Bersangka baiklah atas apa jua yang dimiliki dan tidak dimiliki.
Semoga hati kita tenang dalam menghadapi apa jua yang telah ditetapkan olehNya.

Ilmu itu cahaya

Image
Assalamualaikum


Sebagai manusia, kita ada minat dan kebolehan sendiri.

Kita juga ada fitrah, kadangkala tak minat sesuatu subjek.

Tetapi, ingatlah! Jangan pernah kita membencinya.

Kerana ilmu itu cahaya, sangatlah rugi sesiapa yang mengabaikannya.

Ilmu yang ada, amalkanlah kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.

Ilmu apabila di hati dan di hawa nafsu

Image
Assalamualaikum


Ilmu apabila di HATI, maka ia ibarat CAHAYA.
Dan apabila ilmu di HAWA NAFSU, maka ia ibarat API

[Habib Idrus bin Umar Al-Habsyi]

Marilah kita pasakkan ilmu di hati agar ianya menjadi cahaya yang bukan hanya menyinari kehidupan kita sahaja, malahan menyinari kehidupan orang di sekeliling kita.
Janganlah kita letakkan ilmu tersebut di hawa nafsu, bimbang akan membakar orang di sekeliling kita tanpa kita sedari.

Teruskan Bersabar

Image
Assalamualaikum


Betul. Orang yan penyabar paling banyak terluka, tersakit hatinya, tercalar emosinya, terusik perasaannya... Kerana apa? Kerana sabarnya dia dalam melalui pelbagai ujian dan penderitaan serta kesusahan. Namun ganjaran Allah untuk mereka yang bersabar ini tidak dapat digambarkan dengan apapun... Teruskan bersabar...


Sometimes

Image
Assalamualaikum,

Sumber : Facebook
Sometimes you have to accept the fact that certain things will never go back to how they used to be.
Kadangkala kita harus menerima hakikat bahawa sesetengah perkara tidak boleh kembali kepada yang sepatutnya.

Allah loves you

Image
Assalamualaikum


Allah may delay our prayers, but He never denies.
Allah will make a way when there seems to be no way.
When Allah loves you, Allah makes you endure trials.
So, face those trials with a smile, because deep down you know Allah loves you.

Allah mungkin menangguhkan doa kita, tetapi Dia tidak menafikannya.
Allah akan menunjukkan jalan apabila kelihatan tiada jalan keluar.
Apabila Allah sayang pada kita, Allah akan menguji kita.
Jadi, hadapi ujian tersebut dengan senyuman, kerana ketahuilah yang Allah sayangkan kita.

Cubaan, harapan dan pengorbanan

Image
Assalamualaikum


Jika cubaan sepanjang sungai, maka kesabaran seluas lautan

Jika harapan sejauh mata memandang, maka tekad seluas angkasa membentang

Jika pengorbanan seluas bumi, maka keikhlasan seluas jagad raya


Jangan bercakap tentang... di hadapan...

Image
Assalamualaikum



Do not speak about your money in front of poor person. 
Do not speak about your health in front of a sick person.
Do not speak about your power in front of weak person.
Do not speak about your happiness in front of sad person.
Do not speak about your freedom in front of a prisoner.
Do not speak about your children in front of an infertile person.
Do not speak about your mother and father in front of an orphan.
Because their wounds cannot bear more.
~ Imam Ali ibn abi Taleb

Jangan bercakap tentang duit kamu di hadapan orang miskin.
Jangan bercakap tentang kesihatan kamu di hadapan orang sakit.
Jangan bercakap tentang kekuatan kamu di hadapan orang yang lemah.
Jangan bercakap tentang kebahagiaan kamu di hadapan orang yang sedih.
Jangan bercakap tentang kebebasan kamu di hadapan orang di penjara.
Jangan bercakap tentang anak kamu di hadapan mereka yang tidak dikurniankan anak.
Jangan bercakap tentang ibu dan bapa kamu di hadapan anak yatim.
Kerana mereka tidak mampu menahan kesedihan ters…

Jangan persoalkan

Image
Assalamualaikum
Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, lebih-lebih lagi kita akan menyambut hari raya dan akan bertemu sanak-saudara. Perkongsian ini saya dapat dari laman Facebook.

Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah SWT. 
Hati-hati, jangan sampai jatuh kufur.
Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.

Sudah lama kahwin, belum dapat anak. Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi. Usah bertanya soalan sinis seperti, "Kenapa belum dapat anak lagi?", terutama pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Walaupun dengan nada bersahaja, muka mereka tersenyun, jauh di sudut hati mereka rasa terluka.

Siapa pernah mengalaminya, mesti tahu bagaimana perasaan tersebut. Saya akui saya sendiri pernah mengalaminya. Saya memperoleh rezeki anak pada usia perkahwinan saya dua tahun. Dalam masa dua tahun tersebut, pelbagai pandangan dan cakap-cak…

Allah jua tempat kita berserah

Image
Assalamualaikum

Sumber daripada Facebook

Manusia yang TIADA IMAN dihatinya akan berkata sesedap rasa terhadap kita,
bagi mereka kita sentiasa tak kena pada pandangannya.

Kita pula, cubalah BERLAPANG DADA dan berserah kepada Allah,
kerana suatu hari mereka pasti akan menerima jawapan dariNya.

ALLAH jua tempat kita berserah.

Memang sakit hati kalau bila orang sesedap rasa berkata kepada kita. Kalau ikutkan rasa hati, tidak mustahil samada kita akan melakukan perkara yang sama kepada mereka, ataupun lebih teruk daripada itu, untuk memuaskan rasa hati kita.

Tapi apa kata jika sabar dan doakan orang tersebut sedar daripada salah dan silapnya, dalam masa yang sama kita maafkan kesalahan dia; insya Allah hati kita pun tenang dan tak rasa gusar. Serahkan segalanya pada Allah. Allah jua yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita.

Mencari rentak dan momentum

Image
Assalamualaikum

Alhamdulillah. Semalam, sekali lagi saya khatam membaca ebook Asas Penulisan Blog.

Aik, kenapa saya khatam lagi sekali ya?

Sumber dari Google
Ianya lebih disebabkan saya ingin mencari rentak dan momentum berblog di blog ini yang saya merasakan saya seakan hilang arah untuk seketika. Lagi pula, sekurangnya ianya dapat mengingatkan saya pada nota yang paling penting yang ada dalam ebook tersebut, iaitu konsisten dalam memuatnaik entri.

Saya percaya, seperti mana sahabat yang lain, ada masanya kita seakan hilang punca dan mood sekaligus menyebabkan blog terabai. Kadangkala tuntutan tugas hakiki yang perlu dilaksanakan selain daripada kehilangan idea untuk menulis ataupun 'writer's block'.

Selain itu, ada beberapa masalah peribadi daripada sejak awal lagi wujudnya blog ini turut menyumbang kepada terabainya blog ini.

Sekarang ini, saya sedang cuba untuk menyudahkan pula pembacaan ebook 'Super WAHM, Super Mom' agar saya dapat kembali mood, perasaan dan s…

Ujian dan Cabaran Hidup

Image
Assalamualaikum

Sebagai manusia, lebih-lebih lagi hamba padaNya, kita takkan terlepas daripada menerima ujian dan diuji. Ada saja ujian yang datang silih berganti. Adakalanya, belum selesai satu ujian, datang pula ujian yang baru.

Sumber : facebook

"Percayalah, Allah tidakakan menjadikan gunung itu kecil, tetapi Allah akan memudahkan pendakian.
Berdoalah agar diberi kekuatan memikul atau menanggung bebanan berbanding berharap kepada keringanan ujian"

Ujian memang takkan pernah berhenti menemui kita. Yang membezakan antara kita adalah bentuk ujian itu. Jangan kita letakkan kesusahan, kepayahan dan keperitan saja sebagai ujian. Kesenangan, kemewahan dan kekayaan juga adalah ujian.

Ramai yang berjaya mengharungi ujian, namun ramai juga yang kecundang dengan ujian yang diberikan. Kecundang samada putus asa dan tidak ingin melakukan apa-apa, mengambil jalan mudah untuk menamatkan ujian mahupun mengambil langkah yang salah untuk menyelesaikan ujian.

Saluran yang terbaik adalah denga…

Kehidupan Itu Indah

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Kehidupan itu indah

Macamana boleh dikatakan indah pula ya?

Saya mengatakan 'kehidupan itu indah' kerana ada warna-warni, asam garam dan pahit manisnya.

'Tapi kehidupan saya penuh pahitnya, macamana tu?'.

Mari kita renung, ada tak masanya kita ketawa, ataupun tersenyum? Jujur pada diri, mesti ada kan? Jadi, itulah keindahannya. Mungkin kebanyakkan masa kita murung, bersedih dan kecewa, tapi ada juga masa-masanya kita tertawa dan tersenyum.

Sebenarnya tidak salah untuk bersedih dan kecewa, tapi biarlah ianya berpada dan tidak keterlaluan. Sama halnya juga dengan ketawa dan bergembira, pun ada had dan batasnya juga.

Andaikata kita hanya ketawa dan bergembira saja, ataupun bersedih dan berduka saja, mesti sampai satu tahap akan terasa kebosanannya.

Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Walaupun sememangnya perjalanan setiap hambaNya tidak sama, namun dibahagikanNya juga sedikit rasa…

Everything comes to you at the right time

Image
Assalamualaikum

Harini saya nak kongsikan dengan semua yang saya jumpa di Facebook :

Everything comes to you at the right time. Be patient.

Segalanya datang kepada kita tepat pada masanya. Bersabarlah.

Banyak perkara mahupun benda yang kita mohon dalam hidup kita. Antaranya kekayaan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan hati dan sebagainya. Tapi tak semua kita akan kita peroleh pada masa yang kita pohon itu, malahan ada sesetengah yang kita tak dapat pun.

Tapi perasan tak, ada sesuatu yang lebih istimewa diberikanNya. Kadang tu, sesuatu yang kita tak jangka pon.

Bila kita renung-renung balik, kita pon berkata pada diri, "Oh, Allah tak bagi masa dulu tu sebab Allah nak bagi masa sekarang ni rupanya", ataupun "Oh, Allah tak beri apa yang aku minta sebab ada istimewa yang Allah hendak berikan rupanya".

Seperti budak kecil, ada masa kita tak beri segala apa yang mereka minta, sebabnya samada sebagai pengajaran buat mereka yang tak semua boleh dapat dengan mudah,  ataupun …

Iceberg

Image
Assalamualaikum

Saya percaya ramai di antara kita yang mempunyai akaun di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest dan macam-macam lagi. Betul kan? Bagi mereka yang mempunyai telefon pintar dan  mempunyai talian internet, paling tidak sudah semestinya ada akaun Facebook.

Dalam melayari media sosial ini, mesti kita akan dihidangkan dengan kisah-kisah gembira, kejayaan dan kebahagiaan sahabat-sahabat kita. Namun ada juga kisah sedih dan duka, cuma kuantitinya kurang berbanding kisah bahagia.

Agak-agak terdetik tak dalam hati, "Bahagianya dia", atau "Seronoknya dia", ataupun "Bestnya dia". Kalau takde, baguslah. Tapi kalau ada, itu normal sebagai manusia. Saya sendiri tak terlepas daripada rasa itu. Cemburu juga rasa di hati dengan apa yang dipaparkan.

Tapi tahukah kita tentang kepayahan, kesusahan dan juga kesengsaraan yang mereka hadapi? Rasanya ramai yang tidak tahu daripada yang tahu.

Sepertimana iceberg, kita hanya nampak pada bahagi…

Semoga diberi peluang

Image
Assalamualaikum


Nampaknya blog ini agak lama tiada pengisian. Saya agak sibuk dan mempunyai beberapa masalah yang menyebabkan blog ini agak terabai. Antaranya kehadiran ahli keluarga baru yang istimewa menyebabkan masa dan tumpuan saya banyak kepadanya selain tumpuan pada kerjaya saya. Saya agak cemburu juga bila mana melihat rakan-rakan blogger dapat memberikan pengisian pada blog masing-masing setiap hari selain daripada pengisian di fanpage masing-masing. Tapi itu semua aturan daripada Yang Maha Kuasa. Kita hanya merancang dan berusaha, namun Dia juga yang menetapkannya.

Namun begitu, perancangan dan usaha perlu ada untuk mencapai apa yang dihajati. Berfikir secara positif adalah cara yang terbaik jika apa yang dirancang dan dihajati tidak tercapai. Mungkin Allah mahu hambaNya bergantung harap padaNya dan bukan pada usaha kita semata-mata. Siapa tahu bukan? Ataupun Dia hendak memberikan yang lebih baik daripada apa yang dihajati. Paling tidak, mungkin ianya tidak sesuai buat kita. …