Posts

Showing posts from March, 2016

Semoga diberi peluang

Image
Assalamualaikum


Nampaknya blog ini agak lama tiada pengisian. Saya agak sibuk dan mempunyai beberapa masalah yang menyebabkan blog ini agak terabai. Antaranya kehadiran ahli keluarga baru yang istimewa menyebabkan masa dan tumpuan saya banyak kepadanya selain tumpuan pada kerjaya saya. Saya agak cemburu juga bila mana melihat rakan-rakan blogger dapat memberikan pengisian pada blog masing-masing setiap hari selain daripada pengisian di fanpage masing-masing. Tapi itu semua aturan daripada Yang Maha Kuasa. Kita hanya merancang dan berusaha, namun Dia juga yang menetapkannya.

Namun begitu, perancangan dan usaha perlu ada untuk mencapai apa yang dihajati. Berfikir secara positif adalah cara yang terbaik jika apa yang dirancang dan dihajati tidak tercapai. Mungkin Allah mahu hambaNya bergantung harap padaNya dan bukan pada usaha kita semata-mata. Siapa tahu bukan? Ataupun Dia hendak memberikan yang lebih baik daripada apa yang dihajati. Paling tidak, mungkin ianya tidak sesuai buat kita. …