Everything comes to you at the right time

Assalamualaikum

Harini saya nak kongsikan dengan semua yang saya jumpa di Facebook :

Everything comes to you at the right time. Be patient.

Segalanya datang kepada kita tepat pada masanya. Bersabarlah.

Banyak perkara mahupun benda yang kita mohon dalam hidup kita. Antaranya kekayaan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan hati dan sebagainya. Tapi tak semua kita akan kita peroleh pada masa yang kita pohon itu, malahan ada sesetengah yang kita tak dapat pun.

Tapi perasan tak, ada sesuatu yang lebih istimewa diberikanNya. Kadang tu, sesuatu yang kita tak jangka pon.

Bila kita renung-renung balik, kita pon berkata pada diri, "Oh, Allah tak bagi masa dulu tu sebab Allah nak bagi masa sekarang ni rupanya", ataupun "Oh, Allah tak beri apa yang aku minta sebab ada istimewa yang Allah hendak berikan rupanya".

Seperti budak kecil, ada masa kita tak beri segala apa yang mereka minta, sebabnya samada sebagai pengajaran buat mereka yang tak semua boleh dapat dengan mudah,  ataupun sebagai denda terhadap tingkahlaku mereka, ataupun kita simpan untuk penghargaan atas tingkahlaku atau usaha mereka.

Namun, apabila kita bersabar, segalanya akan nampak baik dan indah sahaja. Betul kan?

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa