Iceberg

Assalamualaikum

Saya percaya ramai di antara kita yang mempunyai akaun di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest dan macam-macam lagi. Betul kan? Bagi mereka yang mempunyai telefon pintar dan  mempunyai talian internet, paling tidak sudah semestinya ada akaun Facebook.

Dalam melayari media sosial ini, mesti kita akan dihidangkan dengan kisah-kisah gembira, kejayaan dan kebahagiaan sahabat-sahabat kita. Namun ada juga kisah sedih dan duka, cuma kuantitinya kurang berbanding kisah bahagia.

Agak-agak terdetik tak dalam hati, "Bahagianya dia", atau "Seronoknya dia", ataupun "Bestnya dia". Kalau takde, baguslah. Tapi kalau ada, itu normal sebagai manusia. Saya sendiri tak terlepas daripada rasa itu. Cemburu juga rasa di hati dengan apa yang dipaparkan.

Tapi tahukah kita tentang kepayahan, kesusahan dan juga kesengsaraan yang mereka hadapi? Rasanya ramai yang tidak tahu daripada yang tahu.

Sepertimana iceberg, kita hanya nampak pada bahagian atasnya sahaja iaitu kejayaan dan pencapaian, tetapi bahagian bawahnya iaitu kepayahan yang diharungi tidak kita ketahui walhal bahagian bawahnya lebih besar daripada bahagian atasnya.

Begitulah apa yang kita nampak, tidak menggambarkan apa yang telah mereka harungi. Dari sisi kesusahan, kepayahan dan kesengsaraan yang mereka lalui, hanya mereka yang tahu dan orang terapat dengan mereka. Untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kebahagiaan, ianya bukan mudah. Mereka perlu berkorban samada masa, tenaga, wang ringgit dan adakalanya keluarga. Jadi, ianya berbaloi dengan apa yang mereka usahakan.

Tidak perlu cemburu dengan keberadaan mereka. Cukuplah dengan kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebab sebenarnya ada juga yang cemburu dengan apa yang kita ada tanpa kita ketahui. Dengan bersyukur, kita merasa cukup dengan apa yang kita ada. Dengan bersyukur juga, secara tidak langsung kita telah berterima kasih kepada Maha Pemberi atas apa yang telah dikurniakan kepada kita. Alhamdulillah.

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa