Kehidupan Itu Indah

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Kehidupan itu indah

Macamana boleh dikatakan indah pula ya?

Saya mengatakan 'kehidupan itu indah' kerana ada warna-warni, asam garam dan pahit manisnya.

'Tapi kehidupan saya penuh pahitnya, macamana tu?'.

Mari kita renung, ada tak masanya kita ketawa, ataupun tersenyum? Jujur pada diri, mesti ada kan? Jadi, itulah keindahannya. Mungkin kebanyakkan masa kita murung, bersedih dan kecewa, tapi ada juga masa-masanya kita tertawa dan tersenyum.

Sebenarnya tidak salah untuk bersedih dan kecewa, tapi biarlah ianya berpada dan tidak keterlaluan. Sama halnya juga dengan ketawa dan bergembira, pun ada had dan batasnya juga.

Andaikata kita hanya ketawa dan bergembira saja, ataupun bersedih dan berduka saja, mesti sampai satu tahap akan terasa kebosanannya.

Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Walaupun sememangnya perjalanan setiap hambaNya tidak sama, namun dibahagikanNya juga sedikit rasa 'seronok' dan 'tidak seronok' (asam garam) buat hambaNya, sebagai penilaian dan ujian buat hambaNya.

Inilah yang dikatakan Hidup Itu Indah, ada rencah, asam, garamnya yang tersendiri.

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa