Allah jua tempat kita berserah

Assalamualaikum

Sumber daripada Facebook

Manusia yang TIADA IMAN dihatinya akan berkata sesedap rasa terhadap kita,
bagi mereka kita sentiasa tak kena pada pandangannya.

Kita pula, cubalah BERLAPANG DADA dan berserah kepada Allah,
kerana suatu hari mereka pasti akan menerima jawapan dariNya.

ALLAH jua tempat kita berserah.

Memang sakit hati kalau bila orang sesedap rasa berkata kepada kita. Kalau ikutkan rasa hati, tidak mustahil samada kita akan melakukan perkara yang sama kepada mereka, ataupun lebih teruk daripada itu, untuk memuaskan rasa hati kita.

Tapi apa kata jika sabar dan doakan orang tersebut sedar daripada salah dan silapnya, dalam masa yang sama kita maafkan kesalahan dia; insya Allah hati kita pun tenang dan tak rasa gusar. Serahkan segalanya pada Allah. Allah jua yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita.

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa