Jangan persoalkan

Assalamualaikum

Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, lebih-lebih lagi kita akan menyambut hari raya dan akan bertemu sanak-saudara. Perkongsian ini saya dapat dari laman Facebook.


Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah SWT. 
Hati-hati, jangan sampai jatuh kufur.
Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.

Sudah lama kahwin, belum dapat anak. Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi. Usah bertanya soalan sinis seperti, "Kenapa belum dapat anak lagi?", terutama pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Walaupun dengan nada bersahaja, muka mereka tersenyun, jauh di sudut hati mereka rasa terluka.

Siapa pernah mengalaminya, mesti tahu bagaimana perasaan tersebut. Saya akui saya sendiri pernah mengalaminya. Saya memperoleh rezeki anak pada usia perkahwinan saya dua tahun. Dalam masa dua tahun tersebut, pelbagai pandangan dan cakap-cakap telah saya lalui. Sedangkan saya hanya dua tahun, bagaimana pula dengan mereka yang bertahun-tahun lamanya.

Anak itu memang rezeki tetapi jangan lupa, anak juga adalah ujian buat ibubapanya. Mungkin kita dimurahkan rezeki dengan memiliki beberapa orang anak. Bagi orang lain pula, rezekinya murah disisi lain seperti dimurahkan rezeki duit, rezeki mentua yang baik dan memahami, ataupun rezeki dipermudahkan urusannya selalu.

Oleh itu, jangan pertikaikan dan perlecehkan soal rezeki terutama anak pada siapa pun sebab urusan rezeki adalah urusan Allah. Ingin tahu itu bagus tapi biarlah kena pada keadaan, masa dan tempatnya; serta biarlah berpada-pada.

Wallahua'lam

Popular posts from this blog

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa