Mencari rentak dan momentum

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Semalam, sekali lagi saya khatam membaca ebook Asas Penulisan Blog.

Aik, kenapa saya khatam lagi sekali ya?

Sumber dari Google

Ianya lebih disebabkan saya ingin mencari rentak dan momentum berblog di blog ini yang saya merasakan saya seakan hilang arah untuk seketika. Lagi pula, sekurangnya ianya dapat mengingatkan saya pada nota yang paling penting yang ada dalam ebook tersebut, iaitu konsisten dalam memuatnaik entri.

Saya percaya, seperti mana sahabat yang lain, ada masanya kita seakan hilang punca dan mood sekaligus menyebabkan blog terabai. Kadangkala tuntutan tugas hakiki yang perlu dilaksanakan selain daripada kehilangan idea untuk menulis ataupun 'writer's block'.

Selain itu, ada beberapa masalah peribadi daripada sejak awal lagi wujudnya blog ini turut menyumbang kepada terabainya blog ini.

Sekarang ini, saya sedang cuba untuk menyudahkan pula pembacaan ebook 'Super WAHM, Super Mom' agar saya dapat kembali mood, perasaan dan semangat sepertimana awal kemunculan blog ini.

Kepada pengunjung blog ini yang saya kira belum ada lagi pengunjung setia, saya mohon maaf andai kehadiran anda tidak dilayan sewajarnya, sepertimana yang tercatat dalam nota ebook Asas Penulisan Blog : kita blog yang tiada entri baru umpama kita singgah di satu-satu kedai, tapi tidak ada yang sudi melayan.

Terima kasih kepada yang sudi singgah, walaupun tuan tanah blog selalu menghilangkan diri.Semoga saya mendapat kembali momentum dan semangat sepertimana awal dahulu, insya Allah.

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa