Ujian dan Cabaran Hidup

Assalamualaikum

Sebagai manusia, lebih-lebih lagi hamba padaNya, kita takkan terlepas daripada menerima ujian dan diuji. Ada saja ujian yang datang silih berganti. Adakalanya, belum selesai satu ujian, datang pula ujian yang baru.

Sumber : facebook

"Percayalah, Allah tidakakan menjadikan gunung itu kecil, tetapi Allah akan memudahkan pendakian.
Berdoalah agar diberi kekuatan memikul atau menanggung bebanan berbanding berharap kepada keringanan ujian"

Ujian memang takkan pernah berhenti menemui kita. Yang membezakan antara kita adalah bentuk ujian itu. Jangan kita letakkan kesusahan, kepayahan dan keperitan saja sebagai ujian. Kesenangan, kemewahan dan kekayaan juga adalah ujian.

Ramai yang berjaya mengharungi ujian, namun ramai juga yang kecundang dengan ujian yang diberikan. Kecundang samada putus asa dan tidak ingin melakukan apa-apa, mengambil jalan mudah untuk menamatkan ujian mahupun mengambil langkah yang salah untuk menyelesaikan ujian.

Saluran yang terbaik adalah dengan kembali kepadaNya, mohon agar diberi kekuatan untuk mengharungi ujian serta diberikan hati yang redha dengan ujian yang diterima. Anggaplah ujian itu sebagai salah satu asam garam dalam kehidupan kita sebagai hambaNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, insya Allah mudah-mudahan dipermudahkan olehNya.

Ingatlah pada pepatah orang bijak pandai iaitu pengalaman adalah guru yang terbaik. Semoga dengan pengalaman-pengalaman yang dihadapi melalui ujian dalam hidup dapat mematangkan fikiran serta memberi kekuatan untuk menempuhi cabaran dan ujian lain yang mendatang.

Wallahua'lam

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Aku tidak memiliki apa-apa