Jangan bercakap tentang... di hadapan...

Assalamualaikum



Do not speak about your money in front of poor person. 
Do not speak about your health in front of a sick person.
Do not speak about your power in front of weak person.
Do not speak about your happiness in front of sad person.
Do not speak about your freedom in front of a prisoner.
Do not speak about your children in front of an infertile person.
Do not speak about your mother and father in front of an orphan.
Because their wounds cannot bear more.
~ Imam Ali ibn abi Taleb

Jangan bercakap tentang duit kamu di hadapan orang miskin.
Jangan bercakap tentang kesihatan kamu di hadapan orang sakit.
Jangan bercakap tentang kekuatan kamu di hadapan orang yang lemah.
Jangan bercakap tentang kebahagiaan kamu di hadapan orang yang sedih.
Jangan bercakap tentang kebebasan kamu di hadapan orang di penjara.
Jangan bercakap tentang anak kamu di hadapan mereka yang tidak dikurniankan anak.
Jangan bercakap tentang ibu dan bapa kamu di hadapan anak yatim.
Kerana mereka tidak mampu menahan kesedihan tersebut.
~ Imam Ali ibn abi Taleb

Dalam kita berseronok terutamanya dalam meraikan Hari Raya tidak lama lagi, janganlah kita lupa pada mereka yang tidak bernasib baik seperti kita. Fahami dan cubalah meletakkan diri kita di tempat mereka. Belum tentu kita sekuat dan setabah mereka kerana setiap manusia, ujiannya berbeza-beza. Mudah-mudahan kita tidak menambahkan kesedihan mereka pada hari yang perlu diraikan itu. Raikan mereka seadanya dan sensitif dengan keadaan sekeliling.

Semoga hari raya yang dirai dapat dirasai kegembiraannya dengan semua orang di sekeliling kita, Insya Allah.

Wallahua'lam.

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa