Posts

Showing posts from August, 2016

Aku tidak memiliki apa-apa

Image
Assalamualaikum

Apa milikku?
Roh aku milik Allah,
Jasad aku milik Allah,
Akal aku milik Allah,
Harta aku milik Allah,
Isteri/Suami aku milik Allah,
Anak aku milik Allah,
Kerabat aku milik Allah.

Ternyata aku tidak memiliki apa-apa.

Benar, tiada satupun adalah hak milik kita. Namun seringkali kita lupa akan hakikat tersebut. Apa yang dimiliki adalah pinjaman daripada yang Maha Kuasa dan tidak mustahil bagiNya untuk mengambil kembali apa yang dipinjamkanNya.

Bersyukurlah atas pinjaman yang diberikanNya.
Sabar dan redha apabila pinjaman tersebut diambil kembali.
Bersangka baiklah atas apa jua yang dimiliki dan tidak dimiliki.
Semoga hati kita tenang dalam menghadapi apa jua yang telah ditetapkan olehNya.

Ilmu itu cahaya

Image
Assalamualaikum


Sebagai manusia, kita ada minat dan kebolehan sendiri.

Kita juga ada fitrah, kadangkala tak minat sesuatu subjek.

Tetapi, ingatlah! Jangan pernah kita membencinya.

Kerana ilmu itu cahaya, sangatlah rugi sesiapa yang mengabaikannya.

Ilmu yang ada, amalkanlah kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.

Ilmu apabila di hati dan di hawa nafsu

Image
Assalamualaikum


Ilmu apabila di HATI, maka ia ibarat CAHAYA.
Dan apabila ilmu di HAWA NAFSU, maka ia ibarat API

[Habib Idrus bin Umar Al-Habsyi]

Marilah kita pasakkan ilmu di hati agar ianya menjadi cahaya yang bukan hanya menyinari kehidupan kita sahaja, malahan menyinari kehidupan orang di sekeliling kita.
Janganlah kita letakkan ilmu tersebut di hawa nafsu, bimbang akan membakar orang di sekeliling kita tanpa kita sedari.