Kembali

Teks : Siti Aminah

Lama sungguh blog ini ditinggalkan tanpa sebarang entri baru. Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk menulis entri baru. Rindu sungguh dengan blog ini. Tetapi apakan daya, ada yang lebih menuntut perhatian saya.

Untuk beberapa ketika yang lalu, jadual harian saya agak kelam kabut disebabkan anak kedua saya, Ain Humaira kurang sihat. Kebetulan pada masa yang sama, komputer riba saya mengalami masalah. Telefon saya pula bermasalah untuk mempunyai access untuk dua blog sebab saya telah log masuk blog yang lagi satu ke dalam telefon saya. Saya 

Walaubagaimanapun, kerinduan saya terubat juga apabila saya dapat memuat naik dan berkongsi beberapa kata-kata hikmah di fanpage facebook Motivasi Diri & Keluarga. Alhamdulillah, para pengikut di fanpage facebook tersebut bertambah sedikit demi sedikit. Sewaktu entri ini ditulis, seramai 342 pengikut di fanpage tersebut. Namun, saya tidak boleh leka dan mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sebab banyak lagi yang saya mesti lakukan untuk memajukan fanpage tersebut dan yang penting blog ini.

Alhamdulillah, komputer riba saya sudah 'sihat' dan boleh beroperasi seperti biasa. Jadi, saya perlu merealisasikan apa yang saya inginkan daripada blog ini dan fanpage facebook Motivasi Diri & Keluarga. Walaupun ianya bukan perkara mudah, ianya juga bukan perkara yang terlalu sukar dilaksanakan. Yang penting disiplin dan bijak menguruskan masa. Rajin dan teruskan berusaha. Tawakal dan mohon pada Allah Taala agar dipermudahkan segala urusan. Insya Allah, Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya. Sentiasa bersangka baik pada Allah sebab Allah adalah sebagaimana sangkaan hambaNya. Insya Allah.

Wallahua'lam.

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Ujian dan Cabaran Hidup

Aku tidak memiliki apa-apa