Wajah Baru

Teks : Siti Aminah Wahab

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini ada kelapangan sikit, saja belek-belek blog kesayangan ini. Jemu dan rasa macam kanak-kanak Ribena pula dengan template lama. Jadi, hari ini saya ingin ubah rupa paras blog ini agar lebih matang, dewasa dan menyegarkan. Saya ada perasan juga satu hari yang lalu bahawa Blogspot ada menyediakan theme baru. Baru berkesempatan untuk menyelongkar theme baru yang disediakan.

Saya akui theme baru yang disediakan oleh Blogspot memang menarik. Bagi mereka yang suka bermain dengan coding, mungkin boleh merekabentuk sesuatu yang lebih menarik. Tetapi bagi mereka yang kurang mahir coding, bagi saya theme baru yang disediakan oleh Blogspot sudah memadai dan cantik-cantik.

Untuk mencari theme baru blogspot, di muka utama (main page), di bahagian kiri ada salah satu pilihan 'theme' seperti di bawah ini :


Pilih 'theme' dan kita akan dibawa ke muka berikutnya iaitu :


Inilah wajah baru blog ini. Kemudian, pilih 'Customise', iaitu butang bawah yang berwarna oren itu.
Seterusnya, kita akan dibawa ke muka seterusnya, iaitu :


Sekarang, pilihlah yang berkenan di hati. Theme baru ada 4 kesemuanya, iaitu Contempo, Soho, Emporio dan Notable. Saya pilih Contempo.

Apa yang pasti bagi saya, ianya nampak lebih dewasa berbanding theme yang lama yang agak kebudak-budakan. Selain itu, theme baru ini nampak lebih kemas sebab About Me, Label dan Archive disorokkan. Jadi, apa yang dipaparkan adalah entri sahaja. Bukan disorokkan terus daripada tatapan tetamu yang datang. Kita masih boleh lihat lagi di butang di bahagian atas sekali bahagian kiri. Klik di butang tersebut, akan dipaparkan profil, Label dan Archive blog kita.

Sesekali, blog nak juga berpakaian baru, bukan kita sahaja. Jika berkemampuan, bolehlah meminta graphic designer merekabentuk blog kita. Tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, cukuplah sekadar memilih apa yang telah disediakan. Bagi mereka yang rajin dan kreatif, bolehlah bermain dengan coding di bahagian 'Edit HTML'. Sebelum mengubah apa-apa coding, jangan lupa untuk menyimpan dahulu coding lama. Bukan apa, jika coding yang kita lakukan tidak berjaya, kita masih boleh kembali ke template asal.

Wallahua'lam

Popular posts from this blog

Jangan persoalkan

Aku tidak memiliki apa-apa

Ujian dan Cabaran Hidup